KISAH SEDIH
Assalamualaikum :)
hai semua :)
MISSCANDY here <3
wheeeeyy ! lama tak jumpa kau blog :)
oh MissIcecream tak habis2 cerita pasal k-pop je kan ?
HAHA
okey , anda sedang boring ?
ingin mengisi masa dengan aktiviti berfaedah ?
mari sini !
hari nie MissCandy nak share satu kisah ( agak panjang xD )
maybe kisah nie sedih kot , sebab tu MissCandy menangis !
awww tak cool nye kan ? hihi
em cerita nie , MissCandy copypaste dari orang je .
banyak sangat yang anda boleh dapat dari cerita nie ,
semoga bermanfaat kepada semua
SELAMAT MEMBACA :)
LOTS OF LOVE <3 <3 <3 <3 <3
play this while reading ^^
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak
menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen –
ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu
telah pun bertukar
kepada
Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat.
Tiba-tiba, si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek
laptop di
hadapan. “abang, maghrib dah
nak masuk. Kita jemaah ya.” Si
dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana
pernah
solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul.
Macam mana dia boleh
kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
Salah
abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu.
Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing
syaitan tu
sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan.
Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas
subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi,
duit syarikat abah habis aku joli kan.
Banyaknya salah aku.
Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj.
Amran ni.
Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau
Pinang ni. Itu okay lagi, abah
ambil kereta sport aku – dan aku kena
guna kereta isteri
aku ni. Abah suruh aku uruskan
syarikat dia dekat
ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh,
sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku
dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku
dah nak
gila.
Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang
dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat
tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat
mana. Nak
lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.”
Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman
tersentak. Aduh,dia
nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia
duduk di sofa sementara menanti
si isteri bersiap. Fikiran
ligat memikir dekat mana
surau.? “abang, dah
siap.” Aiman memandang isterinya
yang lengkap bertudung labuh saiz 60
dengan t-shirt
muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar.
“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa
kereta
awak, tak kisah?” tanya
Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya
harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya
dengar
radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah
yang dari tadi
perhatikan itu macam nak ketawa .
Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam.
Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu
isterinya. Mereka
telah pun tiba di
hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan
enjin. Syahirah pun tidak keluar
lagi dari kereta. Aiman melihat
dirinya yang hanya
ber-t-shirt dan seluar track-suit.
Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”
Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira.
Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni?
mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan
risau
yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita
kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”
Aiman
terdiam.
Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan
orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu
Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen.
Teringat tadi imam itu
bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak
solat
umpama kita meruntuhkan
agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa
tadi.
Ter-baca. “saya nak suami yang
soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kaukahwin dengan aku.
Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh
terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya
‘tapi kau
boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’
Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang
iparnya. “aku bagi
amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi,
jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke
rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat
tahu hidup adik aku
sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi
Kepala Batas
tu. Kau faham tak?” Aiman hanya
mengangguk.
Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di
sofa itu. Dia senyum. Dia ke
belakang
Aiman dan menutup mata Aiman dengan
tangannya. “cuba teka ini siapa?”
kata
Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara
lelaki. Aiman
yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.
Senyumnya terukir apabila mendengar
suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..”
main-main Aiman.
“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman
ketawa.
“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran
dekat
Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.
“Syah mana?”
“Syahirah.”
Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam.
Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah
mesra tapi
saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini
jenis yang ceria dan dia
pula jenis yang boleh je ‘masuk’.
“abang buat apa?” “tak ada apa-apa.
Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak
terima lamaran
abah untuk
kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar.
“tak
faham.” “saya buat
solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman
senyap.
Rasanya
tak ada apa yang hendak di
katakan lagi. Sebak
tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata
Syahirah yang tengah bercekak
pinggang di dapur itu. Terkejut juga
Aiman.Nak makan apa
kalau isterinya ini tak reti masak
hari-hari makan
kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi
duit banyak. Nak berkata
sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising
perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti
jadi imam itu!” Walaupun ayat itu
di tulis dalam diari dan bertarikh
sebelum mereka bernikah
lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman.
“macam mana ni abang?” kata Syahirah
sayu. Aiman menggaru kepala.
Tak
tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita
sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar
dari dapur.
Syahirah rasa bersalah.
Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar
masak. Buat
malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman
masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat
apa bawa laptop ke dapur?”
“belajar masak guna internet.”
Aiman senyum dan
mengangkat kening.
Syahirah senyum. “huish masin.”
Komen Syahirah. Aiman mengambil
gulai di
hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.”
Kata Syahirah lagi.
Aiman rasa
dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni
tawar! Tak rasa apa-apa..”
komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.
Gulai itu banyak
garam, sayur awak tak rasa
apa-apa. Campur je semua.
Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..”
“dah makan
cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.”
Aiman langsung tak sedar
apa
yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak
isterinya? Huh,sejak bila jadi
geng surau ni. Syahirah senyum.
Dah ada
perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada
insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz
itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak
apa?” Aiman
malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?” “saya nak
belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu
senyum. “mari.”
Selesai solat Isyak tadi Syahirah
terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir
apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur.
“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada
lelaki itu.
Syahirah hanya
senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin
sama-sama pergi surau.” Aiman
sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.
“Alhamdulillah
ustaz, Allah beri suami yang
soleh macam Aiman ni.”
kata-kata Syahirah membuatkan
Aiman terdiam. “Alhamdulillah,
semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih
ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz
itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu.
Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah
mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu
je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan
kerja sebenarnya dia mahu ke pondok
agama untuk belajar agama
dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya
dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak
untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami.
Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut
Syahirah ke surau tetapi tak tahu
apa-apa. Sudah tiba
waktunya dia berubah.! “seminggu
tu lama tauu..”
lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam
tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya
itu. Sudah, rasa
berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan
ada nada risau di
situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je
lah.
Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah
kemas beriya-iya. Nanti yang lain
saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air
matanya di situ
asyik mengalir sahaja.
Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya
Allah… banyaknya dosa hamba.
Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan
di pondok, dia
menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”
Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara
riang.
“Alhamdulillah
sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk
hari kedua baru nak call?
Abang
tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah
dua hari
tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah
kata
abang mana ada kerja luar, baik abang
cakap abang pergi
mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.
“..saya
tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut
abang
tipu
saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam.
Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman
tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah
memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di
seka. “
abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum
tidur baca surah Al-Mulk”
pesan
Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang
jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman
ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat
tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?”
“..ingat Allah
dalam setiap
perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.”
“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga
kita sampai syurga.” Aiman senyap
sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah
nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu.
Selesai membayar tambang
teksi Aiman mengheret bagasi
berodanya. Syahirah telah pun
keluar
menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman
dengan Aiman.
Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt
kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan
isterinya
memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang
nampak
lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya
dan baru perasan akan kopiah di
kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan
menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan
ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di
dapur.
Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal
dekat villa abah tak
pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut
Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah
melutut depan Aiman yang
duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia
sudah faham
dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang
macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh,
apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.
Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa
dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak
lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?”
“lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup
Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah.
Abang nak dengar lagu tema cerita
tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku
Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang
tamu
itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..”
dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm,
awak ambil satu..” kata Aiman
dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu.
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu “saya baru
download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut
senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari
seberang. Ini
cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu
semua tiada yg sempurna Di
bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan
lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh,
lagu ni rasa macam nak nangis
je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita
masih panjang Ku
ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia
menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata
perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di
sedari Aiman telah
melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik
isterinya ke dalam pelukkannya.
Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau
hari terus berganti
hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman
tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia
menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman
cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah
bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa
benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak
makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa.
Okay. Saya solat
dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.” Langkah Aiman mati. Dia
menoleh. “doakan rumah tangga kita
sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah
tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan
tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli
tadi. “..nanti
jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan
terus berlalu. Aiman hanya
senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik.
Terdetik hatinya tafsir Al-Quran.
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku
itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir
Al-Quran?” “maaf encik
tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.”
Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak
beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan
menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat
rumah
ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari
kedai
buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya
mereka!” “tahu tak apa.
untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah
handsome dan baik!” “mana kau tahu
baik?” “tadi dia nak beli tafsir
Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun
alim je.” “sweet kan.
Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan
pegang tangan”
“superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk
lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat
untuk perempuan yang jahat, perempuan yang
baik
untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang
tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok
hari itu. Justeru, banyak
kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang
buka lah dulu. Saya
dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah
masuk bilik tolong perlahankan
air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan. Setelah
Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka
balutan
itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata
Aiman.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off
laptopnya. Kertas-kertas
yang bertaburan di perkemaskan. Setelah
selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman
mengambil tafsir itu dan
masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin
penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja
make-up.
Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan
sujud syukur kerana dia
memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu.
sewaktu pekerja kedai itu mengatakan
sudah habis stok dia seakan kecewa
teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu
timbul. Sungguhlah
kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha
ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi
suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak
cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak
cepat marah atau melenting. “kamu
dengar tak ni?! hari tu kamu pergi
mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa
jatuh teruk ni!”
Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi
dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis
anaknya. “bukan
kamu
joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak
tahu kamu buat macam mana, abah nak
kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit
banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato
Rahimi
terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman
berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman
menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman.
Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa
along?” “kau balik je!”
Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang
abang
iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman
mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu
kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia
pun cuti lah.
Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa
kereta dia. “Along.. tolonglah
jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau
diam lah dik..”
Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai
pun
kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi
lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?” “aku nak
bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar.
Matanya memandang Syahirah yang
telah pun berair mata. “..ta..tapi
kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi
dapur, tak ada
makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar
syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along
tak
boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku
sara kau pulak! Aku
ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang
aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir
menarik tangan
Syahirah.
click play button ^^
Syahirah sedaya upaya menarik kembali
tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang
isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni
mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di
pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang
abang iparnya cakap. Dia
nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang
kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya
izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga.
Mata di
pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang
membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu
sunyi. Memang dia
tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan
macam mana nak dapat duit
nak
selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di
tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar
esakkan di
talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..”
“sampai..
sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar
awak senang…” “tak ada
istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah
susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri
yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu
dengan kata-kata
isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong
jangan
senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam
Syahirah. Ya
Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study
saya
itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan
kerja- kerja. “cuba
abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dicintai
oleh Allah daripada Mukmin yang
lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau
menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu
terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di
samping abang saat susah dan
senang.” “tapi abang tak kuat nak
berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang,
along hanya insan
biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya
diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah
dah tak
sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya. YA ALLAH……
lagu
untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya:
1)
Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang
haram. 3) Merendahkan diri. Wahai
Ali,
bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2)
Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang
yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi
kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi
AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah
s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka
bersalaman.
Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh,
Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib
ni, isteri kamu
tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap.
Kamu bacalah buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala
harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada
ketentuan-Nya, Rasa
bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan
isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak
mengubah hidupnya
itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat
projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya.
Yelah, dulu banyak kali
abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang
lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu
bercakap voice
to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar
melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita
sabar berdoa
dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak
terluah oleh
kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email
kamu. Abi ada hantar satu
video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”
Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.
Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university
terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya
Syahirah itu hidup melarat.
Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu.
Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang
suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke
dalam
rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang
please.. jangan
tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata
Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni.
jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk
dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj.
Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat
nasihat abinya
itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak
perlu dia berdebat dengan
alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi,
umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu
mereka
dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu
itu
senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…”
panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu
itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya
dah banyak berubah.” Syahirah ketawa
kecil. “bukan saya lah tapi Allah.
Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang
tak jumpa
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah
senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh
Mahfuz.” Aiman mengangguk
dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah
berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling
membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.
Sebenarnya itu
wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia
menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia
rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan
bertaubat
atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita
bahagia
ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki
Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal
Aiman lembut. “abang, jom kita
makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran
di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu
makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah
selepas dia menutup mulut tadi.
Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah
itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.”
Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak
serious ni.” ujar
Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di
kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan
yang di buat-buat. “abang ni, panas
je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya
Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu.
Sebak
tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.
“abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik
Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi.
Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…” Aiman membuka
matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom
buat qiamullai
berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk
menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini,
dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama
hari itu. “..sayang
ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut
juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya
yang di cium tadi. Syahirah
hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.
Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa
dan
menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon
kemaafan
pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah
dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf
tersalah kata dan menyakitkan hati
awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan
doa saya untuk
dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea
abang. Saya nak
sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan
sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih
Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
Aiman memasukkan keretanya ke
dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia
mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar
dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman
mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk
ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia
cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke
dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan.
Isterinya. “Sayang !!!!” jerit
Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit
akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba
mencari dua orang kelibat
tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya
dengan kain yang
mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan.
**********
Aiman
terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar
suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke
kiri. Ya Allah. “sayang..”
Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah
macam mana dia boleh memegang
pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha,
ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk
ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba
periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat
abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa
Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan
air mata berlinangan. “kalau
kamu tak suka dia pun janganlah sampai
macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan
Aiman bah!!” Sewaktu keluar.
Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman
memandang abi,umi dan
alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan orang
gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau
bunuh
adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.
Aiman
cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa
dia!” arah alongnya.
Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah
izinkan hamba dapat berjumpa dengan
isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga
dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan
rumahnya makin hilang.
Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat
menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan
Syahirah?” Haji
Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap
dan senyum
terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu
senjata muslim gunakan
sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi
itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam
mana?” mengalir air mata Aiman
tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni.
banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar
kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya
tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang
baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala
sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta
tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”
(Muslim) “Encik,saya
nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada
warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya.
Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia
membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya
terus
mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu
dengan air matanya.
Allah…
Belajar DIAM dari
banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar
KESUSAHAN
dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari
satu
KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang
ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum
melihat wajah
menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah,
Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang
menerkup kamu itu
dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.
Terima kasih Ya Allah. “abi,jom
jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria.
Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.
Aiman duduk di bahagian
sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai
tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak
sabar
hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.
Haji Amran berhenti di
hospital.
Aiman terkejut.
“abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman
hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai
orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya
dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia nampak
doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah
bilik itu. “maaf, dia tak dapat
di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah
ni. Aiman
menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak
dapat nak
survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya
Allah… Air matanya cuba di
tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring
tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit
kepala isterinya itu
dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah.
Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji
Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa
mengucap.” “bukan Ira
abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap
bahu Aiman. “dah di tentukan
ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang
wajah
jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit
sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.
video cinta kita – click sini =) “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di
almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ ..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil
satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman
menarik tangan Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang
kita jadikan lagu kita
nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je
Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi
katil. Pelipisnya
di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk
setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan
dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya
puas meredhakan hatinya.
Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan
sahaja yang
tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip
mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap
hari tak pernah
dia
lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.
Aiman turun dari katil dan
keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah
dan mamanya
di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman
menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi
mana
malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm,
pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar
dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat
sunnat taubat dan
solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia
membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh
umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir
ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum.
Dia tahu dah hampir 12 tengah
malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau
begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman
baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke
rak.
Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan
badannya. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan
Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman
menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia.
Air
mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di
lelapkan. Tiba-tiba,
mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman
bangun. Dia menghampiri Syahirah
yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan
tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya
senyum
dan
menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan
isterinya
sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid
yang di katakan
pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia
kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah.
Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi
mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia
untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check
nadi
dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak
kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU.
Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat
juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua
benda kita boleh dapat.
Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita
akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia
sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang
bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi
ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita
sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau
akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita
berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang
menanti.
wallahua'lam...

siapa nangis baik mengaku cepat !
hehe
Assalamualaikum C;
-MissCandy Mimie-
|
|
Bonjour Fellas!
Hello fellas ! Welcome to Faramie Diary.
Actually Faramie is combination of two names. Farah and Syamimie. I hope you guys enjoy :)
Both of us live in Malaysia
Scream Loud
CODE :
Memories
Credits Section
This skin bring to you from Lettha Zonzuan
background and materials are from Drika best view in GoogleChrome only.
|
de Princeszin

Hello Fellas! This biography of Farah Nabilah a.k.a Kizuna Yuki
Name: Farah Nabilah
Famous as: Farah / Yuki
Birthday: 7 April 1997
Status: 2012 PMR candidates of SMK Kiaramas
Stay at: Malaysia
Dreams: Wanna eat a lot of Icecream.
School: SMK Kiaramas.
BFF: Syamimie and Syeleeza

Hello Fellas! This is biography of Syamimie a.k.a Shuichi Hikari
Name: Syamimie binti Suhaili
Famous as:Mimie / Airi
Birthday: 3 August 1997
Status: 2012 PMR candidates of SMK Kiaramas
Stay at: Malaysia
Dreams: Wanna eat a lot of Icecream
School: SMK Kiaramas
BFF: Farah and Syeleeza

Links

Farah Nabilah|
Syamimie Suhaili|
Kizuna Yuki|
Yuki Roro|
|
Additional Links

ChoiJH of FT Island(facebook)|
ChoiJH of FT Island(twitter)|
JungGO of MBLAQ(facebook)|
JungGO of MBLAQ(twitter)|
LeeHG of FT Island|
LeeJJ of FT Island|
LeeCS of MBLAQ of FT Island|
|