Faramie Online Diary
Annyeong chingu(s) ! Welcome to our blog | Dashboard | +Follow

Story About Link Stuff


KISAH SEDIH

 Assalamualaikum :)
hai semua :)  

MISSCANDY here <3

wheeeeyy ! lama tak jumpa kau blog :)
oh MissIcecream tak habis2 cerita pasal k-pop je kan ? 
HAHA 

okey , anda sedang boring ?
ingin mengisi masa dengan aktiviti berfaedah ? 
mari sini !  
 
 hari nie MissCandy nak share satu kisah ( agak panjang xD )
maybe kisah nie sedih kot , sebab tu MissCandy menangis !
awww tak cool nye kan ? hihi

em cerita nie , MissCandy copypaste dari orang je . 

banyak sangat yang anda boleh dapat dari cerita nie ,     
semoga bermanfaat kepada semua  
SELAMAT MEMBACA :)

LOTS OF LOVE <3 <3 <3 <3 <3

 play this while reading ^^

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak


menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – 


ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu 

telah pun bertukar kepada 


Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. 

Tiba-tiba, si dia bangun dan


memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di 

hadapan. “abang, maghrib dah


 nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan 

laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah 

solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh 


kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. 

Cari yang stok tudung labuh pulak tu. 

Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu 

sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana 

perempuan untuk hiburan.


 Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab 

pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. 


Banyaknya salah aku. 


 Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. 

Amran ni. Bukan itu je, abah


 hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau 

Pinang ni. Itu okay lagi, abah


 ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri 

aku ni. Abah suruh aku uruskan


 syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, 

sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku 

dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak 

gila.


 Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. 


“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat 

tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak 


lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” 

Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman 

tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia


 duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran 

ligat memikir dekat mana


 surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya 

yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt 

muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman 

tersedar.


“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa 

kereta awak, tak kisah?” tanya 


Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya 

dengar radio – hot fm refleksi.







Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi 


perhatikan itu macam nak ketawa . 


Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok 

kiri tu.” Aiman hanya diam.


 Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu 

isterinya. Mereka telah pun tiba di 


hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan 

enjin. Syahirah pun tidak keluar


 lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya 

ber-t-shirt dan seluar track-suit. 


Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” 

Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. 

Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? 

mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan 

risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita 

kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” 

Aiman


 terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan 

orang masuk bab-bab agama. 


“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


 





Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. 

Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat 

itu tiang agama, kalau tak 

solat umpama kita meruntuhkan 


agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. 

Ter-baca. “saya nak suami yang 


soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kaukahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh 


terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya 

‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ 

Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


 



Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi 

amaran dekat kau, jangan 


sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, 

jangan pernah kau buat dia




  menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir 

sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke 

rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku


 sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat 

perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi 

Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya 

mengangguk. 

Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di 

sofa itu. Dia senyum. Dia ke 

belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan 

tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata 

Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara 

lelaki. Aiman yang tengah berfikir 

itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. 

Senyumnya terukir apabila mendengar 

suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. 

“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. 

“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran 

dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. 

“Syah mana?” “Syahirah.” 

Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.






 

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang 

pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah 

mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini 

jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. 

“abang buat apa?” “tak ada apa-apa. 

Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak 

terima lamaran abah untuk 

kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. 

“tak faham.” “saya buat 
solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. 

Rasanya 

tak ada apa yang hendak di 

katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


 


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata 

Syahirah yang tengah bercekak 

pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa 

kalau isterinya ini tak reti masak

hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi 

duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising 

perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu 

di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah 

lagi tetapi amat terkesan 

dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah 

sayu. Aiman menggaru kepala. 

Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita 

sama-sama belajar masak.”


 


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar 

dari dapur. Syahirah rasa bersalah. 

Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat 

malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman 

masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat 

apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” 

Aiman senyum dan 

mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” 

Komen Syahirah. Aiman mengambil 

gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” 

Kata Syahirah lagi. Aiman rasa 

dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni 

tawar! Tak rasa apa-apa..” 

komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak 

garam, sayur awak tak rasa 

apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam 

itu?” “boleh je.” “okay..” 

“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” 

Aiman langsung tak sedar apa 

yang dia cakap.




 


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi 

geng surau ni. Syahirah senyum. 

Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada 

insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz 

itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman 

malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. 

“anak nak apa?” “saya nak 

belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” 

Selesai solat Isyak tadi Syahirah 

terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.






 


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri 

bersama seorang lelaki separuh umur. 

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada 

lelaki itu. Syahirah hanya 

senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin 

sama-sama pergi surau.” Aiman 

sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah 

ustaz, Allah beri suami yang 

soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan 

Aiman terdiam. “Alhamdulillah, 

semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih 

ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz 

itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. 

Assalammualaikum.” 

“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. 

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang 

Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. 

“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu 

je.” Ya,dia kata dengan 

Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok 

agama untuk belajar agama 

dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.






 

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak 

untuk menjadi imam dalam keluarganya.

Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak 

membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami.

 Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut 

Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba 

waktunya dia berubah.! “seminggu 

tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik 

sekejap je tu..” “kalau pejam 

tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa 

berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman 

memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan 

ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je 
lah. 

Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah 

kemas beriya-iya. Nanti yang lain 

saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”






 

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air 

matanya di situ asyik mengalir sahaja.

 Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. 

Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia 

menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”

 Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara 

riang. 



“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk 

hari kedua baru nak call? Abang 

tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah 

dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah 
kata 

 abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi 

mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya  

tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut 

abang 

tipu 

saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. 

Syahirah juga diam. Terkejut Aiman 

tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. 

“awak, saya…” Syahirah 

memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ 

abang sihat tak?” 

“Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum 

tidur baca surah Al-Mulk” 

pesan 

Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.






 

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa 

tidur sebelum tidur..” Aiman 

ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat 

tahajut..” Aiman hanya 

mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” 

“..ingat Allah dalam setiap 

perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” 

“abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap 

sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman 

isterinya di hadapan pintu. 

Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi 

berodanya. Syahirah telah pun 

keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. 

“Assalammualaikum,awak.” 

Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. 

Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta 

berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).







Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya 


memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang 

nampak 

lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di 

kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan 

ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di 

dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.










 

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak 

pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu 

pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah 

melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia 

sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang 

macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” 

“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di 

letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak 

lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” 

“lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup 

Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. 

Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku 

Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang 
tamu itu juga.






 


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, 

awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita 

dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. 

Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. 

Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna 

Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut 

senyum.










Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini 


cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di 

bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, 

lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita 

masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia 

menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan 

Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah 

melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. 

Khusyuk melayan lagu.







Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti 


hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia 

menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman 

cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun 

dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa 

benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” 

Syahirah memandang Aiman.








 

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat 

dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia 

menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya 

menadah 

tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan 

tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti 

jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya 

senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. 

Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku 

itu.






 

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik 

tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. 

Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” 

Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat 

rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai 

buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. 

untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu 

baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun 

alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just 

pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” 

“superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk 

lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang 
baik 

untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) 

“betul-betul.”










 

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok 

hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. 

Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman 

mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya 

dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan 

air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari 

suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka 
balutan 

itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas 

yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman 

mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja 

yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.










 

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. 

Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia 

memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan 

sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu 

timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha 

ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi 

suami 

Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.






 

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu 

dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa 

jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi 


dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan 

kamu 

joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak 

kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. 

“abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato 

Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman 

berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman 

menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa 

along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang 

abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?



Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu


 kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. 

Syahirah 


seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa 


kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau 


diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai 


pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi 


lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak 


bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang 


telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi 


dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku 


dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak 


boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku 


ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” 


“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. 


“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir 


menarik tangan Syahirah.

click play button ^^

 

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang 

isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni 

mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di 

pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia 

nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! 

“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya 

izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. 

Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang 

membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…






Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia 


tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit 

nak 

selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. 

Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar 

esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. 

sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada 

istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak 

tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah 

susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri 

yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata 

isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong 

jangan 

senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam 

Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya 

itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba 

abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai 

oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah 

terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan 

janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan 

seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu 

terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan 


senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, 

along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya 

diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak 

sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… 

lagu 

untuk entry ini, click lah =)





 

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 

1) 

Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai 

Ali, 


bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) 

Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang 

yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi 

kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi 

AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) 

Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.








 

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka 

bersalaman. 


Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, 

Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. 

“tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu 

tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet 

sekejap. 

Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya 

menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala 


harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa 
bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda 

sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan 

isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya 

itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat 

projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. 

Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang 

lain…



 

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice 


to 


voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je 

isterinya itu merajuk.

 

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa 


dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.



“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. 


“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh 

kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu 

video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” 

Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. 

Aiman 

membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university 

terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. 

Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. 

Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat 

melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang 

suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam 

rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan 

tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata 

Syahirah. 

“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah 

mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. 

Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya 

itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan 

alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, 

umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. 

“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu 

mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu 
itu 

senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. 

“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. 

“thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa 

kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang 

tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. 

“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk 

dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah 

berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling 

membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu 

wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos 

perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur 

Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan 

bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia 

ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.








 

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki 

Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita 

makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran 

di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu 

makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. 

Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. 

Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah 

itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” 

Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar 

Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan 

yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya 

Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak 

tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak 

tiba-tiba 

hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah 

menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. 

Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. 

bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom 

buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk 

menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, 


dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang 

ambil wudhuk dulu..” “okay.”



Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. 


“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah 

hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman 

bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa 

dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan 

pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah 


dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati 

awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan 

doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. 

“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak 

sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan 

sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” 

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum 

keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar 

dari kereta.



 


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk 

ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia 

cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. 

Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit 


Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba 

mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya 

dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan 

pengsan.









 


**********









Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar 


suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” 

Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang 

pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman 

tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba 

periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat 

abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa 

Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau 

kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan 

Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman 

memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. 

“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau 

bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman 

cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. 

Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan 

isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan 

rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat 

menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, 

kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji 

Amran senyap. Air matanya bergenang.









 


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum 

terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan 

sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam 

mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. 

“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. 

Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar 

kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya 

tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya 

melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang 

kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala 

sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta 

tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya 

nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. 

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. 

Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia 

membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus 

mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. 

Allah…








Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar 



KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar 

KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu 

KETENTUAN..









 


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum 

melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah 


tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu 

dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom 

jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. 

Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai 

tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar 

hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di 

hospital.









 


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman 

hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia 

merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia 

nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah 

bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah 

ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak 

survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di 

tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit 



kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. 

Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji 

Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira 

abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan 

ajalnya..” sebak Haji Amran.









 


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah 

jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. 

Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu 

apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah 

mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya 


memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil 

satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar 

sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman 

menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang 

kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je 

Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..









 


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya 


di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi 

menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya 

puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan 

sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip 

mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah 

dia 

lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. 

Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah 

dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman 

menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana 

malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, 

pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”










 


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar 

dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman 

melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan 

solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. 

“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan 



bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. 

Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau 

begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman 

baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. 

Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan 

lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. 

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman 



menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air 

mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, 

mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah 


yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam 

tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya 

senyum 

dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya 

sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan 

pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia 

kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin 

tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya 

kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi 

dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak 

kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.







 




Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua 

benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita 

akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat 

mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? 

wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita 

sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah 

indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita 

berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang 

menanti. 

wallahua'lam...




 siapa nangis baik mengaku cepat ! 
hehe
Assalamualaikum C;

-MissCandy Mimie-

Bonjour Fellas!

Hello fellas ! Welcome to Faramie Diary.
Actually Faramie is combination of two names. Farah and Syamimie. I hope you guys enjoy :)
Both of us live in Malaysia

Scream Loud

CODE :

Memories



Credits Section

This skin bring to you from Lettha Zonzuan background and materials are from Drika best view in GoogleChrome only.